Friday, February 6, 2009

Yeah! Iron Maiden


Sama ada anda setuju atau tidak, saya dapat merasakan Iron Maiden adalah antara band heavy metal yang paling diminati oleh rockers di Malaysia. Ketika era 80an dulu, boleh dikatakan setiap remaja mahukan beg tali jerut (beg rock yang kini sudah tidak dijual lagi) bergambar Iron Maiden.

Bukan sekadar terpengaruh dengan kehebatan vokal bernada tinggi dan aksi energetik Bruce Dickinson atau penulisan lagu hebat daripada Steve Harris, tetapi lebih kepada lukisan maskot mereka iaitu Eddie yang dihasilkan oleh Derek Riggs. Figura Eddie yang hanya bertengkorak serta berambut panjang dengan karakter berlainan pada setiap cover album dirasakan cukup unik dan punyai elemen seram yang tersendiri. Secara peribadi saya rasakan, itulah penangan Iron Maiden! Hebat, bukan?

Saya hanya mengenali Iron Maiden ketika berusia 12 tahun pada 1986, tahun di mana mereka melahirkan album keenam, Somewhere In Time atau enam tahun selepas mereka menghasilkan album sulung dan 10 tahun selepas penubuhannya di London, United Kingdom (UK). Perkenalan yang akhirnya membuatkan saya jatuh cinta dengan Iron Maiden sehingga berusaha mengumpul semua album mereka (malangnya, sekarang banyak yang hilang entah ke mana!).

Selain lagu, lirik, gubahan muzik dan line-up hebat, setiap konsert mereka pasti diingati oleh peminat. Gabungan reka bentuk pentas, sistem bunyi dan pencahayaannya menjadikan persembahan mereka begitu gah. Ini ditambah dengan replika raksasa Eddie yang sering menghiasi pentas mega mereka.

Antara trademark Iron Maiden ialah solo gitar berharmoni daripada gitarisnya iaitu Adrian Smith dan Dave Murray. Stail berkenaan dipelopori oleh Wishbone Ash dan Thin Lizzy sebelum dikembangkan lagi oleh Judas Priest dan Iron Maiden sendiri.

Sepanjang karier mereka, Iron Maiden kerap terpilih sebagai headliner konsert rock mega seperti Rock In Rio, Ozzfest bersama Black Sabbath, Monsters of Rock, Reading Festivals dan Leeds Festivals. Mereka juga tersenarai di tangga ke 24 dalam 100 Greatest Artists of Hard Rock dan majalah Kerrang! menobatkan mereka sebagai band paling penting dalam
jangkamasa 25 tahun. Selain itu, mereka menduduki tangga ke empat dalam Top 10 Greatest Heavy Metal Bands

No comments: